Bengkel Bimbingan Permohonan Diploma Kemahiran Malaysia via PPT

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pekerja boleh memohon untuk Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 sehingga 3 dan kemudian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
More information
More information
All Posts
×