Return to site

Kos sebenar belajar ijazah part time yang ramai tidak tahu

Dan tidak tertulis dalam yuran penuh pengajian

Ramai tanya, “Berapa kos program ini?”. Saya faham mereka bertanyakan yuran program. Namun, yuran program hanyalah sebahagian dari kos sebenar untuk belajar part time.

Di sini saya nak share kos sebenar yang ramai tidak tahu.

#1 Yuran keseluruhan program

Yuran program ijazah yang punyai akreditasi MQA di mana-mana IPT di Malaysia adalah antara RM24,000 ke RM40,000. Bagi program IPT dari semenanjung, bila ditawarkan di Sabah atau Sarawak, yuran akan naik ekstra RM1,000 ke RM1,500.

Yang lagi murah ada ke?

Ada.

Yuran program “Executive Bachelor” yang ditawarkan oleh mana-mana IPT termasuk UMP, atau UNIRAZAK hanyalah RM3,000 ke RM9,000.

Cuma, program ini tiada akreditasi MQA.

Tetapi, tetap diterima industri dan terbaik jika anda tidak menekankan kepentingan akreditasi MQA dan mahukan tempoh belajar yang paling pendek iaitu antara 10-15 bulan sahaja!
  
Ada juga programme yang mana namanya diploma eksekutif tetapi tiada akreditasi MQA seperti program yang ditawarkan oleh Kolej KTAC.

#2 Kos hadir kuliah

Yep, nak hadir kuliah ada kosnya. Yang ini adalah hidden cost dan biasanya lupa nak kira.

Kos travel ke kampus, kos makan atau kos babysitter adalah direct cost yang perlu dibayar. Sebagai contoh,

RM20 (minyak dan tol) + RM20 (makan) + RM80 (babysitter) = RM120 sehari
 

#3 Kos hilang peluang untuk overtime atau peluang business

Yang ini adalah indirect cost dan kebiasaanya tidak dimasukkan semasa mengira kos sebenar belajar part time. Sebagai contoh:

RM100 (loss of OT or business) = RM100 sehari

Maksudnya, lagi kerap jadual kuliah dan lagi lama tempoh belajar lagi besar kos datang kuliah dan lagi banyak kos kehilangan OT.

Kekerapan kuliah program diploma, sarjana muda atau sarjana adalah antara tiga kali ke lima kali perjumpaan untuk setiap subjek. Jangan lupa untuk tambah satu hari lagi jika ada peperiksaan akhir.

Jadi kos sebenar belajar part time adalah:

Kos Sebenar = Yuran keseluruhan program + Kos datang kuliah + Kos hilang peluang tambah pendapatan

Harap ini membantu.