Return to site

Macam mana nak Sambung Master atau MBA yang ada MQA walaupun tiada Ijazah Sarjana Muda ataupun Diploma

Syarat mestilah berumur 30 tahun ke atas dan ada pengalaman kerja dan latihan yang luas

Memang syarat utama memohon Master atau MBA yang ada akreditasi MQA, perlukan ijazah pertama.  Namun jika anda berumur 30 tahun dan keatas boleh memohon mengunakan sijil APEL A Tahap 7 dengan syarat punyai sijil akademik seperti Diploma/STPM/Matrikulasi/Asasi/A-Level.

Jadi, jika saya berumur 30 tahun dan keatas tetapi tiada syarat akademik APEL A Tahap 7, apa pilihan saya.

Pilihan anda adalah ambil diploma yang MQA iktiraf dan selepas itu mohon sijil APEL A Tahap 7

Hanya satu sahaja jenis diploma yang MQA iktiraf dan boleh ambil melalui HANYA portfolio dan kertas projek tanpa hadiri kuliah, siapkan tugasan atau duduk peperiksaan akhir.

Diploma tersebut adalah Diploma Kemahiran Malaysia.

Betul - Jika anda ada baca blog saya sebelum ini, tanpa STPM/Matrikulasi pun boleh mohon ijazah terus dengan syarat berumur 21 tahun ke atas. Manakala, pemegang STPM/Diploma pun boleh mohon Master/Sarjana terus tanpa ijazah dengan syarat berumur 30 tahun ke atas.

Namun, kedua situasi diatas ini memerlukan pemohon lepas syarat APEL A Tahap 6 (untuk permohonan ke tahap ijazah) dan APEL A Tahap 7 (untuk permohonan ke tahap Sarjana/Master). Perlu saya jelaskan disini, diploma perlu ada MQA accreditation jika mahu mohon APEL A Tahap 7. Ramai juga yang mohon APEL A Tahap 7, tetapi kena reject sebab diploma tidak diiktiraf oleh MQA.

Ramai tanya saya, apa PILIHAN saya, kalau saya berumur lebih 30 tahun dan punyai pengalaman latihan dan kerja yang luas tetapi tiada diploma atau tiada diploma yang diiktiraf MQA dan MAHU mohon Master/Sarjana terus melalui APEL A Tahap 7?

Pilihan 1: Ambil Professional Master, Executive Master atau mana-mana Master yang tidak diiktiraf of MQA tetapi mungkin ada pengiktirafan luar yang lain

Boleh jika mahu programme tanpa akreditasi MQA. Banyak programme luar yang tidak memerlukan pelajar ada diploma atau diploma yang tidak berakreditasi untuk ambil Master/Sarjana terus. Jika programme tersebut bermula dengan Professional Master atau Executive Master kebiasaannya memang tiada akreditasi MQA. Namun ada programme Executive Master yang ada MQA.

Masalahnya programme tiada MQA walaupun programme anugerah universiti tempatan dan yuran sama seperti program Master/Sarjana yang ada MQA.

Jadi untuk pasti, jangan lupa mohon surat akreditasi seperti ini ya.

broken image

Pilihan 2: Ambil diploma kemahiran malaysia melalui PPT dan kemudian ambil APEL A Tahap 7 dan mohon MBA atau Master yang diiktiraf oleh MQA

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Diploma Kemahiran Malaysia melalui Penilaian Pencapaian Terdahulu menyediakan laluan kepada warga kerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman bekerja lebih 10 tahun tetapi tidak mempunyai diploma, untuk memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kemahiran yang diceburi (tidak perlu menghadiri kelas / latihan) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

SKC Education menyediakan Bengkel ini untuk membantu wargakerja berkemahiran mendapatkan maklumat dan bimbingan berkenaan cara dan kaedah yang betul bagi membangunkan portfolio untuk permohonan DKM-PPT dan informasi prosedur permohonan DKM-PPT yang betul.

Disclaimer : Peserta bengkel akan membuat pendaftaran secara persendirian ke JPK setelah mencapai keyakinan diri untuk mendapatkan DKM secara PPT. Peranan SKC Education adalah untuk memberikan informasi dan membimbing peserta bengkel mendapatkan keterampilan yang diperlukan untuk mencapai persijilan DKM secara PPT.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bengkel Persediaan DKM melalui PPT untuk melayakkan diri untuk Sijil APEL A Tahap 7 bolehlah layari laman ini:

Untuk maklumat lanjut mengenai program ijazah sarjana muda pengurusan Universiti Tun Abdul Razak boleh layari laman web ini: