Return to site

Tanpa SPM boleh TERUS mohon untuk Ijazah Sarjana Muda

Syarat perlu berumur 21 tahun ke atas

· APEL

Betul - Tanpa SPM boleh mohon masuk diploma atau ijazah. Gagal SPM masih boleh sambung belajar. Syarat ada keinginan.

Gagal SPM, tidak cukup kredit atau tidak pernah ambil SPM pun boleh mohon masuk universiti dengan syarat lulus sijil MQA APEL A.  Syarat utama sijil MQA APEL A ini pula adalah umur.  

  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3) (umur minimum 19 tahun)
  2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4) (umur minimum 20 tahun)
  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) (umur minimum 21 tahun); dan
  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7) (umur minimum 30 tahun).

Inilah laluan alternatif bagi ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang hanya "homeschool”, yang belajar tahfiz atau yang tidak berpeluang untuk ambil SPM sebelum ini.

Inilah laluan alternatif kepada mereka daripada belajar SPM balik dan mengambil masa lebih setahun untuk bersedia, dan lebih enam bulan untuk terima SPM resultnya.

Laluan APEL A ini HANYA ambil masa lebih kurang sebulan sahaja.

Nak share sikit tentang pelajar-pelajar kami:

  • Tiada SPM, lepas ujian APEL dapat masuk Diploma, sudah graduat Diploma dan sekarang mohon untuk Ijazah Sarjana pula (Master).
  • Ada yang kerja bawa lori sahaja dan tiada SPM akan graduat UTM
  • Ada bekas pelajar tahfiz tiada SPM sudah di tahun satu ijazah
  • Ada pekerja am dan gagal SPM sudah di tahun dua ijazah

Apa itu APEL?

Mengikut MQA:

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3) (umur minimum 19 tahun)
  2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4) (umur minimum 20 tahun)
  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) (umur minimum 21 tahun); dan
  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7) (umur minimum 30 tahun).

Ringkasannya, aliran proses pensijilan APEL adalah seperti berikut:

  1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan atau melalui wakil
  2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Ijazah Sarjana, perlu tunggu email dari MQA)
  3. Pemohon dinilai melalui (i) Penghantaran Portfolio (ii) Ujian Aptitud (iii) Interview (hanya untuk Ijazah Sarjana)
  4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak

Jangan risau pasal penilaian ini. Bukan macam SPM perlu belajar lebih setahun.

Ujian Aptitud kemasukan ke program Diploma/Diploma Eksekutif adalah pada tahap PMR, untuk ke program Ijazah Sarjana Muda pula pada tahap SPM dan untuk ke program Ijazah Sarjana pada tahap STPM sahaja, sesuai dengan tahap program yang kita nak mohon.

Soalannya pula hanya 40 ke 60 soalan “multiple choice” dan syarat lulus hanya 50%. Tiada tahap A, B, C. Hanya lulus dan gagal sahaja.

Jika gagal jangan susah hati, mereka masih boleh buat rayuan dan ulang ujian tersebut. Bukan ulang tahun depan ya, paling lama sebulan kemudian.

Bagi yang lulus, mereka akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan mereka layak sambung belajar ke mana-mana IPT di Malaysia.

Pihak kami sentiasa menyediakan kelas tutorial secara live dan online untuk persediaan bagi mereka yang ingin memohon sijil APEL ini. Percuma untuk mereka yang ingin memohon program ijazah Universiti Tun Abdul Razak.

Harap boleh share dengan mereka-mereka yang mungkin boleh mendapat manfaat dari maklumat ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian Universiti Tun Abdul Razak dan bagaimana anda boleh graduat hanya dalam masa dua (2) tahun, boleh layari laman web ini: