Return to site

MQA APEL - Laluan Alternatif Kemasukan ke IPT

Nak sambung belajar tapi SPM tak kredit? Takde SPM? Nak naik pangkat tapi takde sijil? Haa meh baca ni. Tengok apa yang kerajaan sediakan untuk warga kerja.

Kini untuk memohon IPT bagi mereka yang tiada SPM, kurang kredit, mereka boleh mengunakan laluan Sijil MQA APEL.

Pernah dengar tak perkataan APEL ni? Memang ada bunyi macam buah.

APEL adalah singkatan untuk Accreditation of Prior Experiential Learning atau dalam bahasa Melayunya Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

Apa dia pulak tu? Kita baca penerangan dari pihak MQA dulu.

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);

2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);

3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan

4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

Maksudnya, APEL ni satu laluan kemasukan alternatif untuk mereka yang pendidikan formal kurang mencukupi untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi ringkas, dengan sijil APEL ni, tak ambil SPM ke, takde PMR ke, belajar setakat UPSR ke, anda tetap boleh masuk U dengan syarat lulus ujian APEL ni. Ada ujian pulak? Jangan risau, soalan penilaian dia tak susah pun. Sebagai contoh, untuk kemasukan ke Diploma/Diploma Eksekutif soalan dia standard PMR je, untuk ke Degree macam jawab soalan SPM dan untuk sambung Master susah sikit lah, macam jawab soalan Diploma, sesuai dengan apa yang kita nak ambil.

Apa yang dia tanya ye?

Ok, ujian penilaian APEL ni soalan-soalan dia akan nilai kebolehan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am anda. Penilaian ni atau dipanggil Ujian Aptitude adalah salah satu dari dua cara pihak MQA membuat penilaian ke atas kelayakan anda. Ujian tu pihak MQA yang tentukan tarikh dan tempat semua. Selalunya exam buat di MQA juga.

Penilaian kedua pulak anda kena sediakan satu portfolio yang menceritakan sejarah pembelajaran anda sebelum ni sama ada formal atau tak. Include sekali pengalaman hidup anda, pekerjaan, kerja suka rela, hobi dan yang sewaktu dengannya. Mana-mana sijil yang ada tu masuk je sekali dalam portfolio tapi make sure dah disahkan certified true copy dulu. Dalam masa 20 hari lepas hantar portfolio, kalau pihak MQA tak berpuas hati dengan portfolio anda nanti dia akan panggil interview atau kena present depan dia atau lain-lain cara penilaian jadi buat je sehabis elok portfolio tu ye..huhu

Demi nak sambung belajar dan naik pangkat, kita kena lah sacrifice sikit kan.

Jadi untuk Sjil dan Diploma, bayaran penilaian atau fi adalah RM 155, manakala untuk Ijazah Sarjana Muda RM 250. Bayar menggunakan bank draft atas nama Agensi Kelayakan Malaysia. Tulis nama dan no. Mykad di belakang draft dan kepilkan bersama masa kemukakan borang permohonan kepada pihak MQA Untuk Ijazah Sarjana pulak fi RM 370 dan lain sikit prosesnya. Lepas submit borang permohonan anda kena tunggu dapat emel dari pihak MQA baru lah bayar fi tersebut. Pemohon akan dapat satu nombor rujukan lepas bayaran disahkan oleh pihak MQA. Sila lah ingat nombor rujukan anda sebab semua urusan rasmi dengan APEL akan guna pakai nombor ni.

Aliran proses pensijilan APEL yang lebih jelas lebih kurang macam ni: 1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à 2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA) à 3. Pemohon dinilai melalui (i) Penghantaran Portfolio (ii) Ujian Aptitude à 4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak

Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk U.

Untuk maklumat lanjut boleh lah check details ni semua di website MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/. Buku panduan (e-book), flow chart dan link untuk mohon semua ada kat situ. Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!

Untuk maklumat lanjut mengenai program diploma separuh masa Universiti Teknologi Malaysia bolehlah layari laman web kami di http://www.utmexecutivediploma.com. Pengambilan sedang dibuka.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly