|
1. Apakah itu School of Professional and Continuing Education (SPACE) Universiti Teknologi Malaysia?
(sila layari: SPACE UTM)
2. Apakah perbezaan diantara program Diploma Eksekutif dengan program Diploma UTM?
Satu ciri penting Diploma Eksekutif ialah syarat-syarat kemasukannya adalah berdasarkan keupayaan dan pengalaman bekerja seseorang, lebih daripada berdasarkan sijil-sijil kelayakan yang lepas semata-mata. Kemasukan pelajar pula adalah dibuka sepanjang tahun. Program separuh masa ini terdiri dari 16 modul, 2 kertas projek dan 2 portfolio yang perlu disempurnakan dalam masa minima 20 bulan.
3. Siapakah yang akan menganugerahkan Diploma Eksekutif?
SPACE Universiti Teknologi Malaysia akan menganugerahkan Diploma Eksekutif kepada pemohon yang telah mengikuti semua modul dengan jayanya, telah melepasi penilaian akhir setiap modul, telah menyempurnakan projek akhirnya dan telah menyempurnakan portfolionya dengan baik.
4. Apakah Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi?
(lihat Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi)
5. Apakah Diploma Eksekutif Pengurusan Operasi dan Pengeluaran?
(lihat Diploma Eksekutif Pengurusan Operasi dan Pengeluaran)
6. Bilakah kelas diadakan?
Setiap kelas bermula pada hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
7. Dimanakah kelas-kelas diadakan?
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh rakan pintar SPACE UTM (Specialist Knowledge Centre Sdn. Bhd.). Tempat untuk kuliah dan kelas tutorial adalah samada di Specialist Knowledge Centre, Petaling Jaya atau di sebarang pusat yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk program ini dijalankan di premis anda atau pusat yang dikenalpasti tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
8. Siapakah yang boleh memohon untuk mengikuti program ini?
Kelayakan minima yang diperlukan adalah seperti berikut:
Mereka yang mempunyai pengalaman kerja melebihi 10 tahun dan tidak mempunyai kelayakan minima dibolehkan memohon tetapi kelulusan terakhir bergantung kepada pihak universiti.
9. Saya baru sahaja tamat menduduki peperiksaan SPM/STPM, bolehkah saya memohon mengikuti program ini?
Program ini direka untuk warga kerja dan tidak sesuai bagi pelajar lepasan sekolah untuk memohon mengikuti program ini. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk menghadiri program peringkat sijil.
10. Adakah program Diploma Eksekutif diiktiraf oleh JPA atau MQA?
Bermula tahun 2008, LAN telah ditukar nama kepada Malaysian Qualification Agency (MQA) (lihat LAN/MQA). Program ini direka berdasarkan Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF). Pihak UTM SPACE sedang membangunkan program ini untuk kelulusan MQA.
11. Dengan memiliki Diploma Eksekutif, adakah saya layak untuk memohon program ijazah Sarjana Muda Eksekutif?
YA. Mereka yang memiliki diploma eksekutif layak untuk memohon mengikuti program Sarjana Muda eksekutif. Pada mereka yang layak, graduan diploma eksekutif boleh memohon untuk mengikuti program Sarjana eksekutif melalui program persediaan ‘a bridging program’ (program khas untuk kakitangan yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman). Program ini masih belum dilancarkan lagi.
12. Apakah bahasa pengantara yang digunakan?
Kuliah akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, manakala bahan-bahan cetakan, penilaian dan projek dalam Bahasa Inggeris.
13. Bagaimanakah saya akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta kemahiran personaliti dan komunikasi saya?
Sepanjang perjalanan kelas, anda akan memperolehi pengetahuan secara teori dan praktikal yang boleh digunakan secara langsung ke dalam projek Diploma Eksekutif anda berdasarkan topik pilihan anda sendiri. Kelas-kelas anda dihadiri oleh mereka yang begitu berkelayakan dan bermotivasi tinggi dengan pengalaman yang pelbagai dan dengan itu menghasilkan pertukaran maklumat, idea-idea dan pandangan-pandangan yang bernas. Bagi memastikan graduan program ini maju dalam kerjaya dan hidup, pihak SKC menyediakan tiga pusat kecemerlangan bagi pelajarnya seperti Pusat Latihan Keusahawanan, Kelab Rangkaian Kerjaya & Perniagaan dan Pusat Pembangunan Kerjaya.
14. Apakah fungsi Pusat Latihan Keusahawanan?
-
Membantu pelajar menjana pendapatan kedua melalui perniagaan,
-
Memberi khidmat perundingan- Perancangan Perniagaan, Pemasaran, Pengurusan Kewangan Dll
-
Membantu pelajar mendapatkan GERAN dan BANTUAN kerajaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan
-
Mengaturkan seminar bulanan oleh professional dan ahli perniagaan
15. Apakah fungsi Kelab Rangkaian Kerjaya & Perniagaan?
Melalui perjumpaan mingguan dikelab ini, pelajar dapat:
-
Berinteraksi dengan mereka dalam bidang perniagaan, dalam industri-industri yang berlainan dan dalam bidang kerja yang lain
-
Menjana perniagaan atau peluang pekerjaan melalui pengenalan (referrals)
-
Menghadiri bengkel latihan kerjaya dan perniagaan
-
Menerima newsletter mengenai perniagaan, kerjaya, teknik rangkaian dan teknik berkomunikasi
16. Apakah fungsi Pusat Pembangunan Kerjaya?
-
Membantu pelajar untuk maju dalam kerjaya, dengan membantu menjana perangai yang betul
-
Membantu pelajar untuk maju dalam kerjaya dengan menyediakan perkhidmatan berikut:
-
Pangkalan Data & Maklumat Pekerjaan
-
Penulisan resume
-
Iklan Kerjaya
-
Rujukan bahan kerjaya dari dalam dan luar negara
-
Statistik rekod kerjaya lepasan pelajar UTM
-
Profail industry
-
Ruang perbincangan pelajar
-
Buletin yang diterbitkan dua bulan sekali memuatkan laporan kaunseling, aktiviti dan perkhidmatan kerjaya kepada pelajar
17. Bagaimana dengan saiz kelas?
Maksima saiz bagi satu kelas adalah seramai 30 orang pelajar.
18. Apakah yuran bagai program Diploma Eksekutif UTM?
Lihat program yang ditawarkan
19. Bagaimana saya boleh membayar yuran program?
Anda boleh membayar yuran kursus anda dengan menggunakan:
20. Adakah terdapat majlis konvokesyen?
YA. Majlis konvokesyen akan diadakan di UTM.
21. Saya mempunyai banyak lagi soalan-soalan.
Sila hubungi kami di talian 03 7954 4010 atau 016 252 6247 atau emel kami di
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
|