|
Kelebihan Program Eksekutif Diploma |
|
|
Objektif
Program Pembangunan Profesional (PDP) adalah bertujuan untuk membantu golongan professional yang bekerja, pakar teknologi dan pengurus-pengurus kejuruteraan, dan profesional-profesional yang lain untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan mereka bagi menangani cabaran-cabaran yang pesat dalam bidang teknologi dan keperluan untuk memperbaiki tahap piawaian pengurusan teknologi. Ianya direkabentuk dan dibangunkan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pekerjaan profesional yang bekerja untuk kemajuan kerjaya.
Kursus-kursus ini menyediakan pembangunan yang paling terkini dalam bidang-bidang kepentingan yang khusus. Pihak SKC mempunyai komitmen yang berterusan untuk mengawal dan memantapkan kualiti kursus-kursus yang ditawarkan.
Objektif
- Menyediakan peluang kepada golongan profesional yang sedang bekerja untuk belajar sambil bekerja
- Membolehkan golongan profesional yang bekerja memulakan peluang-peluang perkembangan peribadi
- Memberikan laluan pendidikan dan karier yang baru kepada para profesional
- Memajukan perkembangan karier peserta
- Menambahkan ilmu dan kefahaman peserta tentang teknologi dan pengurusan
- Meningkatkan personaliti positif dan kemahiran komunikasi peserta
- Meningkatkan kemahiran dan keupayaan teknikal peserta
- Meningkatkan tahap disiplin, dedikasi, motivasi dan produktiviti peserta
- Membangunkan para peserta untuk menjadi pekerja bertaraf dunia (ekspatriat)
Laluan Program
Program yang ditawarkan:
Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
Bidang Perkilangan, Operasi dan Pengeluaran
Bidang Teknologi
|