Specialist Knowledge Centre Sdn. Bhd. (SKC) adalah pusat pembelajaran yang didirikan untuk membantu golongan professional dan para eksekutif yang sedang bekerja untuk mencapai tahap yang lebih baik di dalam karier dan kehidupan mereka.
Ia berusaha untuk menyediakan program yang berkualiti, diiktiraf dan memenuhi kehendak industri bagi tenaga kerja.
Pusat ini telah disediakan bagi memenuhi keperluan golongan profesional yang bekerja untuk meningkatkan tahap keilmuan dan skil mereka dalam bidang kerja yang mereka ceburi dan pada masa yang sama memperolehi pengiktirafan dalam bidang akademik.
SKC, yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya, adalah sebuah pusat latihan yang moden dan mempunyai kemudahan yang serba lengkap. Ianya menggabungkan para ahli akademik dan para profesional dari pelbagai bidang untuk berkongsi dan membantu para pelajar yang mengikuti program tersebut.
VISI
Visi kami adalah untuk menjadi peneraju dalam menyediakan Program Pendidikan dan Latihan di rantau Asia Pasifik dan negara-negara OIC menjelang tahun 2010.
MISI
Misi kami adalah untuk menyediakan Program Pendidikan dan Latihan yang membantu:
- Memajukan tahap perkembangan karier para peserta program
- Meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman para peserta program berkenaan dengan teknologi dan pengurusan
- Memajukan kemahiran komunikasi dan personaliti yang positif
- Meningkatkan keupayaan dan kemahiran teknikal para peserta
- Meningkatkan tahap disiplin, dedikasi, motivasi dan produktiviti para peserta
- Menyediakan para pesertauntuk menjadi pekerja bertaraf dunia (ekspatriat)
MOTO
Memperkasakan minda melalui pendidikan yang berterusan
SKC adalah Rakan Pintar oleh Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia, untuk menyelaraskan Program Eksekutif Diploma.
|