|
Program Train and Place Kementerian Sumber Manusia |
|
Program anjuran KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA adalah untuk membantu "Belia" dan "Pekerja yang diberhentikan" untuk dilatih dan diberi pekerjaan dalam bidang perakaunan perkhidmatan peruncitan.
Permohonan adalah terbuka kepada semua belia yang masih belum mendapat perkerjaan dan pekerja-pekerja yang telah diberhentikan kerja oleh majikan. Pembiayaan program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kementerian.
Program ini akan dijalankan selama tiga (3) bulan bagi pemohon-pemohon yang berjaya dalam permohonan. Di sepanjang kursus peserta akan diberikan elaun sebanyak RM500.00-RM800.00 sebulan untuk elaun perbelanjaan hidup. Peserta-peserta juga akan disediakan tempat penginapan.
Perserta yang telah tamat menjalani kursus akan dianugerahkan Sijil Professional Perakaunan Perkhidmatan Peruncitan yang dikeluarkan oleh School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia. Pada mereka yang mempunyai pengalaman kerja, sijil professional ini akan melayakan mereka mendapat pemindahan kredit untuk program Diploma Eksekutif SPACE, Universiti Teknologi Malaysia.
Permohonan adalah pada 10 JULAI 2009. Jika anda berminat sila taip kan DAN kepada ke no. telefon 016 252 6247. Harap maklum. |