Return to site

Lima jenis diploma yang anda perlu tahu

Pilih yang terbaik mengikut matlamat kerjaya/perniagaan anda

· Diploma

Ada lima (5) jenis diploma yang ditawarkan di Malaysia anda perlu tahu.  Yang mana pilihan terbaik untuk anda bergantung kepada: 

  • umur anda sekarang
  • pengalaman kerja selama ini dan 
  • perancangan kerjaya untuk akan datang. 

Jenis 1: Diploma yang menerima Akreditasi dari Malaysian Qualifications Agency (MQA)

Jenis ini yang paling banyak ditawarkan. 

Setiap program yang ada akreditasi MQA akan terima satu kod. Mana-mana program yang ada kod yang bermula dengan SWA atau FA, ianya telah menerima akreditasi penuh daripada MQA. Manakala, kod PA menandakan program itu telah menerima akreditasi sementara dan dalam proses untuk mendapat akreditasi penuh.

Jika umur anda bawah 20 tahun dan belum pernah bekerja, diploma yang ini terbaik kerana

  • anda akan belajar kemahiran industri yang baru secara komprehensif dan mendalam
  • sebagai graduat anda ada pilihan untuk kerja kerajaan, kerja swasta atau kerja sendiri.

Jika umur anda atas 21 tahun dan sedang bekerja, baik anda ambil program ijazah.  Program ijazah lebih baik dari program diploma kerana

  • anda akan belajar kemahiran industri yang baru secara komprehensif dan mendalam
  • sebagai graduat anda ada pilihan untuk kerja kerajaan, kerja swasta atau kerja sendiri.
  • dengan ijazah anda punyai peluang permohonan kerja lebih luas dari diploma
  • dengan ijazah peluang anda dipanggil temuduga lebih baik dari diploma
  • tahap ijazah lebih tinggi daripada diploma dan kebiasaannya dipandang lebih tinggi oleh industri
  • boleh guna pengalaman kerja untuk mengurangkan kredit graduat sehingga 30% membuatkan tempoh pembelajaran lebih kurang sama dengan diploma

Jenis 2: Diploma yang menerima Akreditasi dari agensi kelayakan luar negara

Di United Kingdom, antara agensi kelayakan mereka OFQUAL UK. Type sahaja di Google program "executive diploma" dari UK kita boleh lihat: 

  • ada program diploma pada tahap 4 seperti Diploma MQA atau Diploma Kemahiran di Malaysia dan 
  • ada yang pada tahap 7 seperti tahap Postgraduate Diploma MQA di Malaysia. 

Sebagai contoh program Executive Diploma in Management yang ditawarkan oleh Jobstreet Education di Malaysia adalah program anugerah London Examinations Board (LEB). Ianya telah menerima akreditasi OFQUAL tahap 4.

Jika anda bawah 20 tahun dan belum pernah bekerja dan mahu kerja swasta dan mahukan diploma yang pendek (bawah 1 tahun) dan ada akreditasi walaupun dari luar negara, ini pilihan terbaik kerana

  • Tempoh bawah setahun (6-12 bulan)
  • belajar kemahiran baru secara komprehensif dan mendalam tanpa perlu belajar subjek-subjek yang tidak berkenaan kemahiran yang kita mahuJika anda atas 21 tahun dan sedang bekerja dalam industri dan mahukan diploma yang pendek (bawah 1 tahun) dan ada akreditasi walaupun dari luar negara, ini pilihan terbaik kerana
  • Tempoh bawah setahun (6-12 bulan)
  • Boleh ambil melalui Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu tanpa masuk kelas

Tetapi jika anda mahu kerja kerajaan baik ambil diploma yang ada akreditasi MQA. atau diploma kemahiran malaysia yang juga diiktiraf MQA.

Jenis 3: Diploma yang menerima Akreditasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran

Ini jenis diploma yang ada akreditasi dan paling mudah dan paling murah untuk diambil. 

Jenis diploma yang amat dikenali di Malaysia ini adalah diploma kemahiran dan diploma lanjutan kemahiran di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Inilah program TVET yang kerajaan sedang war-warkan sekarang.

Kelebihan utama Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah latihan di pusat bertauliah adalah sebegini:

  • ada akreditasi
  • ada pathway direct ke ijazah

Kekurangannya,

  • tempoh 3 tahun
  • yuran sama seperti diploma MQA

Jika anda wargakerja berumur lebih 21 tahun dengan pengalaman kerja dan latihan yang luas, inilah pilihan diploma yang paling mudah. Cuma JANGAN ambil melalui kaedah latihan di pusat bertauliah.

Ambil melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Jangan risau MQA recognized program ini. Sebabnya, hanya perlu siapkan portfolio dan kertas projek sahaja. 

Boleh guna untuk mohon program Master yang ada akreditasi MQA  jika berumur 30 tahun keatas. Nak tahu lanjut klik sini.

Kelebihan utama Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah sebegini:

  • ada akreditasi
  • ada pathway terus ke ijazah
  • ada peluang ke Sarjana (Master) melalui APEL A Tahap 7

Kekurangannya,

  • mungkin anda tidak punyai evidence yang cukup untuk sempurnakan portfolio.
  • perlu ada initiasif sendiri

Kalau ingin mudah boleh guna khidmat 'Consultant' atau Coach.

Jenis 4: Diploma yang hanya menerima kelulusan daripada Universiti SAHAJA 

Program jenis ini di Malaysia, biasanya dinamakan Professional Diploma/Specialist Diploma. 

Antara institusi yang menawarkan program sebegini adalah UNIRAZAK, UNIMAP, UTM SPACE, and UMP Advanced. Diploma sebegini tidak mempunyai akreditasi MQA namun ada yang hanya telah mendapat kelulusan Senat universiti mereka sahaja.

Selalunya program sebegini adalah diploma terminal (tiada laluan ke program MQA). Anda perlu lihat diploma ini sebagai program latihan dan bukan pendidikan. Namun begitu ada juga program yang punyai laluan ke ijazah dan sarjana (master) yang ada akreditasi MQA. Program Professional Diploma dari Universiti Tun Abdul Razak adalah contoh program tersebut. Nak tahu lanjut klik sini.

Kelebihan utama Professional Diploma sebegini:

  • ada glamour sebab anugerah universiti terkemuka
  • tempohnya hanya enam (6) ke sepuluh (10) bulan
  • modulnya mengikut piawai industri pilihan pelajar
  • habis belajar boleh terus mohon kerja

Kekurangannya,

  • TIADA akreditasi MQA untuk mereka yang ingin mohon kerja dengan GLC atau kerajaan
  • TIADA pathway terus ke tahap ijazah melainkan melalui APEL A atau DKM melalui PPT
  • TIADA peluang credit transfer melainkan melalui APEL C

Jika masih mahu diploma professional sebab tempohnya SINGKAT tetapi mahu peluang dapat  sambung ijazah dan ada peluang transfer credit boleh klik sini.

Jenis 5: Diploma yang hanya menerima kelulusan daripada agensi kerajaan yang bukan agensi kelayakan.

Sebagai contoh program sebegini adalah program Diploma Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Program ini tidak menerima akreditasi MQA namun menerima kelulusan daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Sama seperti jenis 4, program sebegini adalah program latihan dan bukan pendidikan dan tiada laluan ke program lebih tinggi yang ada akreditasi MQA.

Kelebihan utama Diploma Eksekutif sebegini:

  • tempohnya hanya enam (6) ke sepuluh (10) bulan
  • modulnya mengikut piawai industri pilihan pelajar
  • habis belajar boleh terus mohon kerjaKekurangannya,
  • bukan anugerah universiti terkemuka
  • tiada akreditasi MQA untuk mereka yang ingin mohon kerja dengan GLC atau kerajaan
  • tiada pathway terus ke tahap ijazah melainkan melalui APEL A atau DKM melalui PPT

Ini adalah 5 jenis diploma yang ada ditawarkan di Malaysia. Walaupun nama program itu diploma, professional diploma atau executive diploma perbezaan utama bukan pada nama tetapi pada status akreditasi atau kelulusan mereka.

Bagi program BUKAN diakreditasi oleh MQA yang mewajibkan setiap program diploma tahap 4 untuk menawarkan 90 kredit, program mereka memanglah jauh lebih pendek tempoh masanya (10 ke 12 bulan) dan oleh itu lebih murah (yuran antara RM3000 ke RM9500). Inilah kekurangan utama program yang ada akreditasi MQA.

Namun, program yang punyai akreditasi MQA ada kelebihannya. Jadi, apa kelebihan utama programme yang ada akreditasi MQA:

  • Ada laluan ke ijazah dengan “direct transfer credit” (masuk tahun 2) dan jika ditambahkan dengan credit transfer dari pengalaman kerja dan pembelajaran lain melalui APEL C boleh masuk terus ke tahun 3. Jadi belajar ijazah HANYA SATU Tahun!
  • Ada pinjaman PTPTN
  • Ada laluan pintas tahap 7 Sarjana (MASTER) yang ada akreditasi MQA (jika 30 tahun ke atas)

Pengambilan sedang dibuka untuk program mereka yang inginkan Diploma Kemahiran secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Pihak kami ada sediakan bengkel bimbingan untuk anda dapatkan diploma ini dalam masa enam ke sepuluh bulan. JIka anda berumur 30 tahun keatas, selepas program DKM ini anda boleh memohon MBA yang ada akreditasi MQA melalui APEL A Tahap 7.

Atau apa kata mohon terus ke tahap ijazah program pengurusan bersama Universiti Tun Abdul Razak.

Harap mohon jasa baik anda jika dapat share dengan rakan-rakan sekerja dan keluarga yang mungkin boleh mendapat manfaat.